Wednesday, September 14, 2011

Tajwid


Monday, March 21, 2011

Canon DSLR 1000d


Bulan lepas Aku ada beli Kamera DSLR, Canon 1000d sesuai untuk "beginning" kata jurujual tu.. betul lah agaknya he he he.

Balik rumah aku trylah. Pakai Auto je
Seminggu aku dok pakai auto ni boringlah pulak. Nak guna Manuallah pulah bukan apa nak update diri sendiri, aku try search dalam internet.. banyak jugak maklumat yang aku dapat. Tapi mengelirukan aku je. almaklumlah tak berapa tahu tapi buat buat tahu je.

Alahai nak Pegang kamera pun kena ada cara dan gayanya..

ni Salah satu kaedah nak pegang Kamera..

1. Cara Memegang Kamera
http://www.nuristimewa.com/cara-memegang-kamera-part-1-dslr.html

Monday, August 23, 2010

Nak beli motor




Pagi ni wife aku bertanya kat aku "jadi ke tak nak beli motor ni?"
"motor? motor apa pulak ni" aku jawab dengan soalan.. Tak nak sudah katanya!. laaa merajuklah pulak... Malas aku nak layan aku senyap je..
Masuk ofis diam lagi.. Aku masuk bilik dia. awak call Kapar Motor boleh tak. tanya dia, aku memulakan bual bicara (nak pujuk lah niii).. Baiklah jawabnya.. aku angkat kaki blah dari bilik dia. biarkan dia dengan soalan maut yang akan ditanya kat Budak yang angkat talifon tu.. sah pening budak tu nak jawab soalan orang yang tak tahu tentang motor nii. he he he
Setengah jam kemudian aku ke bilik dia lagi.. laa tak sudah lagi rupanya, berapa banyak model yang ditanya niii.. aku tergaru garu beruk.. Lama lah jugak aku tunggu.
Hah ni Motor yang budak tadi cadangkan kat awak. disebabkan awak tak pernah bawa motor "cc" besar, BLADE 250R, ok tak? hah motor apa ni tanya aku. "Naza" hah Naza tak nak lah, saya nak motor Kawasaki, ooo "eksen" yaa mana lesen motor tanya wife aku, selamba aku tunjukkan lesen aku.. B2 awak kena upgrade kepada (B full) dulu. Awak kena belajar balik dan ambil lesen Bfull dulu, baru boleh beli motor. ooo
macam tu yee.. aku buat buat tak tahu. Rancangan jahat aku, beli dulu buat lesen kemudian he he he, tak menjadilah mungkin berkat bulan Ramadhan kot, Tak baik menipu.
Oklah saya setujulah.. Blade pun Bladelaaa janji dapat motorrr.. Bila Nak Booking tanya wife aku. emmm bila ya.. bersambung

Sunday, July 18, 2010

Sama tak serupa




Wednesday, March 17, 2010

Dapat Baby

Alhamdulillah, pada 4/mac/2010 keluarga kami telah bertambah, dengan kelahiran Muhammad Ikmal. Pukul 8.30 malam isteriku ke Hospital di Alor Star.
Pukul 10.30 malam aku bertolak balik ke kampung. Pukul 2 aku telah berada di hospital di Dewan Menunggu. Pukul 1.30 Pagi alhamdulillah selamat..





Thursday, January 14, 2010

Rumah Lelong

Pengalaman aku dalam bab rumah lelong, Lebih kurang 2 tahun lepas, semasa perjalanan ke rumah mak saudara isteri aku, "huh penerangan tu" aku ternampak satu "iklan Rumah Bank Lelong! hubungi fulan di 01*-*******. ambil no hp tu ya darling, sayang intan, payung. kata aku kat isteri tersayang, baiklah bang jawabnya. he he he, (Lakonan je tu) situasi sebenarnya adalah.
aku : Ambil no hp tu,
isteri : Tak nampaklah kecit sangat
aku : Nombor sebesar gajah pun tak nampak ke?
isteri : tak nampak lah!
aku: tu laaa rabun berlagak tak nak pakai spek!
isteri : muncung (boleh di ikat)
aku: undur kereta sambil membebel..

Masa kat rumah mak saudara bini aku, Aku "try" tanya harga rumah di kawasan tu,
Fasa1 65k, fasa2 75k dan fasa3 80k. Cantik tadi aku tengot Rumah Lelong tu harganya cuma 67k, berbaloi tu. Balik rumah kami bincanglah berkenaan rumah tu, aku cadang beli buat aset pelaburan je, nanti kalau ada yang berkenan, harga cantik kita "let go" je. Setelah berhujah panjang lebar, isteri aku setuju, iklas atau mengantuk aku tak pasti, he he he

Kat pejabat isteri aku hubungilah nombor semalam, Perempuan yang jawab, kerja dengan bank ke tanya isteri aku, tak katanya tapi kerja dengan syarikat ***. Dia ni Lebih kurang "runner" je. Disebabkan kami ni 0 tak ada langsung pengetahuan berkenaan rumah lelong ni, maka jadi "sifu tak bergajilah saudari tu" tak apa kot Rumah jual Duit masyuk beb masyuk. kalau berminat buat "bank draft" %10 RM6700, yang lain dia uruslah.

Betul ke awak nak beli ni? tanya isteri aku. La.. naklah jawab aku, tak menyesal ke? tanya isteri aku lagi. tak! jawab aku.. ok pitih Rm6700, saya bagi guna nama sahaja, duit awak yang keluarkan! His.. tegas juga orang tua ni ingat nak "kecet" (minta) duit dia, tak dapatlah jawabnya.

Pada pagi besoknya aku ke bank, buat "Bank Draft". Petang tu isteri aku pergi ke ofis saudari tu di Rawang. Malam tu isteri aku tanya, awak nak pergi tak masa lelong nanti. Aik? tak setle lagi ke tanya aku. Taklah, nanti pada hari isnin rumah itu akan dilelong di ******. Awak kena pergi sebabnya kalau ada orang nak rumah tu, awak kena lawanlah.. Hah kena lawan, kena gaduh ke? ish.. seingat akulah kalau bab bergaduh ni akulah yang paling penakut. Ahh tak nak pergilah. Cencel tak jadi. bukan gaduh tapi lawan harga je. Marah isteri aku, la aku buat lawak dia tak faham rupanya. Harga awak kena lebih tinggi pada dia, ingat sekali "upp" %10 naik ya, kata isteri aku lagi. Kalau saya tak pergi kita wakilkan kepada saudari tu boleh tak? soal aku, boleh aje jelas isteri aku. tapi kita kena bincang harga paling tinggilah dulu dengan dia, sekali upp beranilah aku, lepas tu tak berbaloilah. he he he

Maka hari yang ditunggu telah tiba. mintak mintak la dapat, doa aku, tapi kalau bukan rezeki aku, tak apalah redha je. Pukul 11.30 pagi saudari tu "call" isteri aku cakap kami telah berjaya dalam lelongan tu, tak ada orang lawan. jadi harga tak naiklah, yahooo.. ops "alhamdulillah" he he he

Dua hari selepas tu saudari tu bagi lah dokumen berkenaan rumah tu, jadi kami diberi tempoh selama 90 hari untuk jelaskan jumlah baki rumah tersebut. Nak jelaskan macam mana terpulanglah kepada kami, nak bayar tunai, tak ada duit sebanyak tu. Jadi terpaksalah kami buat pinjaman. Tambah hutang he he he. Kami cuba buat pinjaman melalui 2 buah bank. Tunggu le bank yang mana nak lepaskan pinjaman kami.

Seminggu selepas tu Pihak Bank call untuk menyatakan kami boleh buat pinjaman dengannya. kami pun setuju. Besoknya Pihak Bank yang satu lagi call, cakap permohonan kami telah diluluskan. Rekod baiklah rupanya kami berdua ni, tak ada yang sangkut atau kena blacklist lagi.. mintak minta rekod ni berpanjangan. amin. Aku jelaskan yang kami telah pun setuju dengan bank semalam. terima kasih

Beberapa hari selepas tu, Pihak bank datang ke pejabat aku, Tandatangan mana yang patut, dan kami dijelaskan pihak bank tidak akan menanggung kos peguam jika pinjaman dibawah Rm100K. Pinjaman kami hanyalah Rm60,300. Untuk memudahkan urusan kami pihak bank bagilah nama peguam tu, aku setuju.

Beberapa minggu selepas tu, Peguam tu call, minta kami ke pejabatnya untuk tandatangan dokumen perjanjian pinjaman. Petang tu "office hours" ya kami ke pejabatnya. Banyak betul dokumen yang kena tandatangan. Setiap muka surat, hush.. banyak gilalah. he he he, selepas tandatangan kami di hulurkan bil. aduss banyak juga ya.. lebih kurang Rm4k. Lepas tu kami diberitahu segala cukai pintu dan cukai tanah kami yang kena dahulukan, lepastu "clim" balik dengan bank. aduss duit lagi lebih kurang Rm1500. Aku bayar tunai semua tu, duit tu sebenarnya untuk tujuan lain, tapi aku gunakan dulu je, Waaa.. mana nak cari ganti ni.

Dua minggu selepas tu aku call peguam tu, asyik diaorang je call, aku pun pandai call juga. he he he, mana kunci saya mahu masuk rumah ni. Mana ada kunci, tak adalah! tak pernah dibuat oleh orang lagi, rumah lelong ada kunci, ciss... kena gelak free pagi pagi ni.. nak buat macam mana aku tak tahu. Balik kerja aku kerumah tu, apalagi operasi pecah rumahlah.. Bunyi bising tersebut telah menarik minat jiran jiran baru aku untuk melihatnya.. Aku sengaja ketuk kuat kuat biar orang keluar tengot, jadi dapatlah aku berkenalan, he he he silaturrahim kena ada.

Dah dapat masuk rumah tu, aku tengot atap, ada yang bocorlah, ok takpa kecil punya hal, Ruang dapur taklah kecil sangat, oklah dengan harga. Dah puas hati aku kunci mana yang patut, aku pergi bertandang kerumah mak saudara isteri.

Pada hari Isnin selepas tu kami ambil cuti, pergi ke hulu selangor Nak masukkan Air dan Letrik. Kami ke Syabas dulu, tunggu giliran. Bila kena pinggil, aku pun menyatakan tujuan aku ke sana, ooo kata kerani tu. tit, tek, tik, tek, dia tekan keybord krek, krek, krek, krek, dia prin keluar satu resit, dia tunjuk kat aku, Encik kena jelaskan segala baki ini, selepas tu baru encik boleh bayar deposit untuk sambungkan meter air kerumah encik. Terkejut aku tengot jumlah yang tunggakan tu, aku ingatkan sikit je, dekat dekat Rm1200, Kenapa banyak sangat ni? tanya aku. Dulu encik, itu orang kena saman sebab curi air. Encik kena Jelaskan semuanya, kalau tidak encik tak dapatlah buat sambungan baru. Oklah jawab aku dengan berat hati. Bila dah jelaskan semuanya. Ok Encik, Duit Deposit. Hah! Deposit, duit lagi... bayar. Minggu depan kami buat sambungan. kata kerani tu.. ok jawab aku,

Balik dari Syabas terus aku ke TNB, Kes yang sama juga berlaku. Kena bayar tunggakkan Rm530, Bayar Deposit. Esok Kami sambung. Hiss cepatlah pulak TNB ni buat kerja.

Bersambung..

Monday, December 14, 2009

ASB 7.30 bonus 1.25

Semalam PNB ada umumkan pendapatan dan bonus sebanyak %8.5 . he he he banyak juga ya, dalam keadaan sekarang ni aku ingatkan dapat %5 je. Yahooo!! nak tambah aset emaslah lepas ni..