Friday, October 23, 2009

Mohon Tanah Tol

Masa kat surau pagi tadi, Ustaz Osman dan Ustaz Zakaria panggil aku, Eh pasal apa nii? ada kenduri doa selamat ka?. Rupa rupanya dia ajak aku tengot tanah kat Ulu Yam. Ok cantiklah aku pun malas nak pi kebun hari ni.

Balik rumah aku cari alat GPS tak ada, ehh! takkanlah dah hilang kot, seingat aku ada dalam beg James Bond aku je.. Tanya orang rumah dia cakap aku tinggal kat ofis, dia yang nampak.. Kena sedas dua di pagi pagi indah ni, he he he.

Sampai ofis, apa lagi lintang pukanglah jawabnya, biasalah bila aku buat kerja mesti kena ada nampak kesannya, Pasti kena "saund" kat makcik bibik hari isnin ni. he he he,

Pernah tak kau orang cuba cuba mohon Tanah Tol, seronok saudara seronok, Mohon Tanah Tol Memang Seronok, Kalau jumpa Plaza Tol yang tak seronaknya. he he he.

Sebenarnya Prosesnya amatlah mudah, tapi ramai yang tak tahu je. Ada yang cakap kena baik dengan ketua kampung, baik dengan SO, DO, kena kenal itulah inilah dan banyak lagilah spekulasi yang diceritakannya, Betul ke? atau dengar cakap orang je? he he he

Yang sebetulnya mudah je, Carilah tanah kosong, lepas tu buat semakan kat pejabat tanah, manalah tahu takut takut permohonan bertindih nanti, atau pun takut takut masuk dalam Rezap hutan simpan ke. Macam mana nak tahu tanah tu tanah kosong (tak ada pemilik)? he he he tanyalah orang yang tahu, biasanya siapa yang tahu? Ketua kampung, orang yang kerja kat pejabat tanahlah, he he he

Ingat ya saudara, yang kita mahon ni Tanah Tol, Permohonan Menduduki Sementara je, jangan buat macam nak duduk kekal pulak, nanti lain jadinya. Masa isi borang nanti akan ditanya nak buat apa dengan tanah ni, nak bela lembu, kerbau, kambing atau ayam itik atau nak jadi petani moden terserahlah kepada anda, janji jangan tanam pokok kekal, contohnya nak buat Dusun, kebun Getah atau lain lain lagi.

Dah isi borang dan serahkan kepada pejabat tanah, apa lagi lepas ni tunggu je lah.
Proses seterusnya orang pejabat tanah lah yang uruskannya,
1 Proses daftar file,
2 Proses "charting sheet" (buat pelan),
3 Hantar ke meja (SO)
4 (So) akan melawat tapak tanah yang kita mohon (kita jont sekalilah)
5 (So) akan buat kertas kerja bagi kat (DO)
6 (DO) akan bawa kepada mesyuarat EXCO
7 Status permohonan anda akan ditentukan
8 Surat akan dihantar kepada anda
9 Anda akan sengeh atau merah mukalah
10 Tamat.

Bagaimana saudara susah ke tak? Jadi kesimpulannya berbaik baiklah dengan jiran tetangga, kenalilah jiran satu taman tempat anda tinggal, bertegur sapa bila jumpa,
tak susah pun segan sikitje, mula mula senyum, lepastu tanya nama, lepastu? kalau tak tahu langkah seterusnya, tanyalah anak anda, baru dua hari keluarga anda pindah rumah dia dah dapat kawan.. ehh tak rasa malu ke saudara.. he he he

Lama dah dok merapu sorang sorang ni, baik keluar kena teh tarik dan roti kosong.
ASSALAMUALAIKUM.

1 comment:

  1. 1. kalau masa kita buat carian, dan tanah tu ada orang punya, adakah kita akan dimaklumkan semasa itu juga, tak boleh mohon atau kita masih diberi peluang untuk mohon dan bayar duit yurannya.
    2. apa maksud tanah 'milik'. boleh kita mohon tanah 'milik'

    ReplyDelete