Monday, December 14, 2009

ASB 7.30 bonus 1.25

Semalam PNB ada umumkan pendapatan dan bonus sebanyak %8.5 . he he he banyak juga ya, dalam keadaan sekarang ni aku ingatkan dapat %5 je. Yahooo!! nak tambah aset emaslah lepas ni..

Sunday, October 25, 2009

Tanah Tol Lagi

Sembang mengenai tanah tol ni, banyaklah bab yang boleh dikaitkan, aku nak buat karangan sikit mengenai tanah tol yang aku pohon dulu.

Tiga tahun lepas aku ada beli tanah kebun dekat dengan Pekan Rasa. Jadi sebelum buat bayaran akhir, aku lantiklah Jurukur untuk ukur dan cari lokasi sebenar tanah ni. Dua hari kemudian aku pergi Site Visitlah. Aduh Harunyaaa, Jauhnyaaa, bertambah haru lagi bila jalan nak pergi ke tanah tu dah tak ada, dah naik hutan rimba.. tanah tu memang baik (first class kalau nak buat dusun, siap dengan anak sungai tuuu.) tapi takde jalan je..

Fikir punya fikir, berbaloi tak aku beli tanah ni, aku dah mula tak syoklah, dulu masa aku pergi tengot dengan tuan tanah dia cakap dekat dengan jalan besar, siap tunjuk lokasi lagi. he he he aku pun tak salahkan dia, manalah dia tahu lokasi sebenar tanah ni, lagipun dia dapat tanah tu pun sebabnya dia orang lama dan banyak berbakti kepada nusa dan bangsa, jadi dapatlah tanah anugerah, tahniah.

Nasib menyebelahi aku, masa site Visit tu, Tuan tanah jont sama, sampai setengah jalan dia semput dah tak larat nak pergi lagi, he he enjin lama beb,(ish.. mengumpat ni) takpa raya nanti aku minta maaf sebab tangan jahat sikit ni. Jadi selepas tengot tanah tu, aku bincang balik dengan tuan tanan. Harga lama kena "counting" semula. Dia ni jenis pemurah rupanya, terus dia setuju je. terkunci mulut aku jab, ingat nak berhujah sikit, sebab apa aku nak bincang balik harga tanah ni. Dia saja nak bagi tanah tu kat aku, sebab dia dah tak larat nak usahakan tanah tu, tapi takkanlah nak bagi free je (fahamlah aku).

Lepas aku bayar baki akhir tanah tu, aku bayar upah Juruukur tu.. aku buat semakkan akhir dekat pejabat tanah.. Lepas buat semakan tu, aku balik ofis tengot google Map, tengot (Lembar Piawai) orang terlibat dengan tanah tahulah apa benda ni. Laaa ada tanah kosong kat sebelah tanah yang aku beli tu. Nasib baik atau murah rezeki ni...
he he he kita minum dulu, sambung esok..

Friday, October 23, 2009

Mohon Tanah Tol

Masa kat surau pagi tadi, Ustaz Osman dan Ustaz Zakaria panggil aku, Eh pasal apa nii? ada kenduri doa selamat ka?. Rupa rupanya dia ajak aku tengot tanah kat Ulu Yam. Ok cantiklah aku pun malas nak pi kebun hari ni.

Balik rumah aku cari alat GPS tak ada, ehh! takkanlah dah hilang kot, seingat aku ada dalam beg James Bond aku je.. Tanya orang rumah dia cakap aku tinggal kat ofis, dia yang nampak.. Kena sedas dua di pagi pagi indah ni, he he he.

Sampai ofis, apa lagi lintang pukanglah jawabnya, biasalah bila aku buat kerja mesti kena ada nampak kesannya, Pasti kena "saund" kat makcik bibik hari isnin ni. he he he,

Pernah tak kau orang cuba cuba mohon Tanah Tol, seronok saudara seronok, Mohon Tanah Tol Memang Seronok, Kalau jumpa Plaza Tol yang tak seronaknya. he he he.

Sebenarnya Prosesnya amatlah mudah, tapi ramai yang tak tahu je. Ada yang cakap kena baik dengan ketua kampung, baik dengan SO, DO, kena kenal itulah inilah dan banyak lagilah spekulasi yang diceritakannya, Betul ke? atau dengar cakap orang je? he he he

Yang sebetulnya mudah je, Carilah tanah kosong, lepas tu buat semakan kat pejabat tanah, manalah tahu takut takut permohonan bertindih nanti, atau pun takut takut masuk dalam Rezap hutan simpan ke. Macam mana nak tahu tanah tu tanah kosong (tak ada pemilik)? he he he tanyalah orang yang tahu, biasanya siapa yang tahu? Ketua kampung, orang yang kerja kat pejabat tanahlah, he he he

Ingat ya saudara, yang kita mahon ni Tanah Tol, Permohonan Menduduki Sementara je, jangan buat macam nak duduk kekal pulak, nanti lain jadinya. Masa isi borang nanti akan ditanya nak buat apa dengan tanah ni, nak bela lembu, kerbau, kambing atau ayam itik atau nak jadi petani moden terserahlah kepada anda, janji jangan tanam pokok kekal, contohnya nak buat Dusun, kebun Getah atau lain lain lagi.

Dah isi borang dan serahkan kepada pejabat tanah, apa lagi lepas ni tunggu je lah.
Proses seterusnya orang pejabat tanah lah yang uruskannya,
1 Proses daftar file,
2 Proses "charting sheet" (buat pelan),
3 Hantar ke meja (SO)
4 (So) akan melawat tapak tanah yang kita mohon (kita jont sekalilah)
5 (So) akan buat kertas kerja bagi kat (DO)
6 (DO) akan bawa kepada mesyuarat EXCO
7 Status permohonan anda akan ditentukan
8 Surat akan dihantar kepada anda
9 Anda akan sengeh atau merah mukalah
10 Tamat.

Bagaimana saudara susah ke tak? Jadi kesimpulannya berbaik baiklah dengan jiran tetangga, kenalilah jiran satu taman tempat anda tinggal, bertegur sapa bila jumpa,
tak susah pun segan sikitje, mula mula senyum, lepastu tanya nama, lepastu? kalau tak tahu langkah seterusnya, tanyalah anak anda, baru dua hari keluarga anda pindah rumah dia dah dapat kawan.. ehh tak rasa malu ke saudara.. he he he

Lama dah dok merapu sorang sorang ni, baik keluar kena teh tarik dan roti kosong.
ASSALAMUALAIKUM.

Thursday, October 22, 2009

Terkena juga

Jadi kepada sesiapa yang rasa ada duit lebih nak buat pelaburan fikirkanlah dahulu. Nasihat free dari saya yang dah terkena ni, gunakanlah saluran yang betul, ASB ada saham amanah berlambak, pilih je mana yang anda berkenan, tapi kalau rasa was was tak pasti halal haram, Tabung Haji kan ada, jangan lepaskan peluang ni, kawan saya (bukan melayu) ada berkata, jikalah dia boleh buat simpanan kat tabung haji, dia akan masukan semua simpanan dan pelaburannya kat situ.. dia kata bukan saya yang kata yaaa.. oklah.. malas dok merapu lagi.. selamat hari deepavali Mr Arumugan.. (jiran saya tuu) he he

ohh malangnyaa

Salam sejahtera, Pernahkah anda terfikir untuk menyertai skim pelaburan cepat kaya? Kalaulah (ya) jawabnya sahlah skru dalam kepala anda longgar.. Saya percaya ramai diantara kita akan menolaknya. Tahukan anda apa itu SKIM CEPAT KAYA, kalau tak tahu kena tanya orang yang tahulah.. Bacalah Artikel ini..
Sejak akhir-akhir ini, program ala skim cepat kaya telah kembali menghantui semula masyarakat Malaysia terutamanya kepada Kaum Melayu.
Terbaru, adalah 3 buah syarikat yang diserbu oleh Bank Negara Malaysia kerana syarikat-syarikat terbabit telah mengambil deposit tanpa lesen.
Yang menyedihkan saya ialah, beberapa ahli keluarga saya juga terlibat sama dengan program yang seperti ini. Mereka telah melaburkan beribu-ribu wang simpanan mereka di sebuah syarikat itu.
Pada mulanya, ada juga mereka dapat beberapa ratus ringgit hasil daripada pelaburan yang telah dibuat. Tetapi setelah syarikat tersebut diserbu, maka hasil pun sudah tiada lagi. Malah apabila ditanya, bagaimana dengan ribuan ringgit yang telah dilaburkan? Maka jawapannya adalah amat mengecewakan… DUIT PELABURAN LESAP TIDAK AKAN KEMBALI!
Dahulunya Syarikat dianggap dapat mengubah masa depan, tapi kini ?? Aduhai kesiannya. Susah payah diorang simpan duit bertahun-tahun, tup-tup hilang macam tu jer. Nasib baik diorang tak melabur semua sekali. Kalau tak, gigit kuku jer lah.
Justeru, supaya kita semua tidak tertipu lagi dengan program-program ala skim cepat kaya seperti ini, maka saya kongsikan maklumat yang saya ada bagi dijadikan panduan bersama.

Sumber maklumat ini didapati dari Bank Negara Malaysia bagi mengingatkan orang ramai mengenai skim cepat kaya yang mengambil deposit secara haram tanpa lesen.

Apakah maksud ‘deposit’?
Dalam konteks skim cepat kaya, deposit boleh dijelaskan seperti berikut ;

a) Sejumlah wang diberikan kepada penganjur skim tersebut yang mungkin adalah sebuah syarikat, perkongsian, perniagaan tunggal atau seorang individu.
Penganjur menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi atas setiap deposit dalam jangka masa yang pendek. Ada juga skim yang memberikan pelbagai bentuk ganjaran kepada pra pendepositnya.
b) Mengikut terma-terma skim tersebut, deposit dan keuntungan akan diberi balik kepada pendeposit pada satu tarikh yang ditetapkan. Tarikh ini boleh ditetapkan oleh penganjur skim atau dipersetujui bersama antara pendeposit dan penganjur skim. Ada kalanya pendeposit boleh menuntut pulangan mereka sebelum tarikh yang ditetapkan.
Deposit tersebut juga boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk ganjaran lain seperti dalam bentuk logam berharga, batu berharga, barangan kemas, barangan letrik atau kereta.

Apakah ciri-ciri pengambilan deposit secara haram?

a) Penganjur tidak mempunyai lesen sah untuk mengumpul deposit.
Penganjur menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang pendek. Pulangan ini selalunya lebih tinggi daripada faedah yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan.
b) Selain daripada wang tunai, sebahagian daripada pulangan boleh dibayar dalam bentuk ganjaran lain seperti dalam bentuk kupon, barangan, barang kemas atau barangan letrik.
Apakah institusi-institusi yang dibenarkan mengambil deposit?
Hanya institusi-institusi yang dilesenkan dan beberapa institusi yang dibenarkan boleh menerima deposit daripada orang ramai. Contohnya ialah ;

Bank-bank perdagangan
Syarikat-syarikat kewangan
Lain-lain institusi (Institusi yang dibenarkan seperti Bank-bank saudagar, syarikat-syarikat diskaun, bank Kerjasama Rakyat, Bank Pertanian Malaysia, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji, Koperasi-koperasi berdaftar dan institusi lain yang diberi kuasa dibawah undang-undang untuk menerima deposit)
*Nota : JIka anda mempunyai sebarang keraguan sama ada sesuatu institusi itu dibenarkan mengambil deposit atau tidak, sila hubungi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan pengesahan.


Skim Cepat Kaya
Apakah Skim Cepat Kaya?

Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.

Skim "Cepat Kaya" yang berikut adalah dilarang di bawah undang-undang yang dikuat kuasakan oleh Bank Negara Malaysia:
Aktiviti pengambilan deposit secara haram

Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen yang sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.


Urus niaga mata wang asing haram

Perbuatan yang berikut tergolong kepada urus niaga mata wang asing haram:

Membeli atau menjual mata wang asing di antara dua orang dan tiada seorang daripada mereka adalah seorang peniaga yang diberi kuasa melainkan jika orang itu telah mendapatkan kebenaran daripada Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW).


Membeli atau menjual mata wang asing oleh seorang pemastautin yang bukan seorang peniaga yang diberi kuasa dengan seorang di luar Malaysia melainkan jika orang itu telah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW.


AMARAN: Skim Pelaburan Melalui Internet
Orang awam diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pelaburan yang dipromosikan melalui internet. Sesetengah syarikat dan laman web yang menawarkan skim pelaburan melalui internet tidak dilesenkan atau diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia untuk mengambil deposit atau membuat urus niaga mata wang asing. Aktiviti sedemikian biasanya menawarkan pulangan pelaburan yang menarik atau peluang pelaburan yang membabitkan kadar pulangan yang tidak realistik dan tanpa risiko atau berisiko rendah.

Pelabur adalah diingatkan supaya membuat deposit hanya dengan institusi yang berlesen atau menjalankan urus niaga mata wang asing dengan institusi yang diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia agar mereka boleh mendapat perlindungan yang sepatutnya. Pengendali tidak berlesen boleh berhenti menjalankan perniagaan mereka yang menyebabkan pelabur-pelabur tidak mempunyai apa-apa cara untuk mendapatkan semula wang pelaburan mereka atau membuat tuntutan terhadap mana-mana orang yang terbabit dengan skim tersebut.



Bagaimanakah untuk mengesan Skim Cepat Kaya?
Skim pengambilan deposit secara haram

Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;

Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan


Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan).


Amaran Untuk Pelabur

• Aktiviti pengambilan deposit secara haram selalunya berselindung dengan pelbagai cara untuk menipu orang awam menjadi mangsa skim pelaburan haram, antaranya, melalui tawaran pemberian emas dan barang berharga yang lain sebagai sebahagian daripada pulangan yang dijanjikan. Selain itu, orang ramai juga disogok dengan dakwaan bahawa deposit itu diterima sebagai pinjaman kepada syarikat.

• Aktiviti pengambilan deposit secara haram seringkali digambarkan mampu memberi kadar faedah atau pulangan yang tinggi atau tidak realistik dalam suatu masa yang singkat berbanding dengan institusi-institusi berlesen yang lain. Bagaimanapun, skim-skim seperti ini tidak boleh bertahan lama;

• Jangka hayat skim-skim seperti ini bergantung kepada penyertaan pelabur baru di mana dana pelaburan yang diterima akan digunakan untuk pembayaran dividen kepada pelabur lama. Sekiranya syarikat pengendali gagal mendapatkan pelabur baru, skim ini akan gagal kerana ketiadaan sumbangan dana dari pelabur baru.

• Pada permulaannya, pelabur-pelabur awal akan dibayar pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan. Bagaimanapun, akhirnya pengendali akan melarikan diri dengan wang deposit yang dipungut apabila pengendali mendapati skim akan mengalami kegagalan yang akhirnya menjadikan pelabur rugi.


Skim urus niaga mata wang asing haram

Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:

Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara);

Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet;

Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan;

Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga; dan

Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan ("panggilan margin") atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka .