Thursday, October 22, 2009

ohh malangnyaa

Salam sejahtera, Pernahkah anda terfikir untuk menyertai skim pelaburan cepat kaya? Kalaulah (ya) jawabnya sahlah skru dalam kepala anda longgar.. Saya percaya ramai diantara kita akan menolaknya. Tahukan anda apa itu SKIM CEPAT KAYA, kalau tak tahu kena tanya orang yang tahulah.. Bacalah Artikel ini..
Sejak akhir-akhir ini, program ala skim cepat kaya telah kembali menghantui semula masyarakat Malaysia terutamanya kepada Kaum Melayu.
Terbaru, adalah 3 buah syarikat yang diserbu oleh Bank Negara Malaysia kerana syarikat-syarikat terbabit telah mengambil deposit tanpa lesen.
Yang menyedihkan saya ialah, beberapa ahli keluarga saya juga terlibat sama dengan program yang seperti ini. Mereka telah melaburkan beribu-ribu wang simpanan mereka di sebuah syarikat itu.
Pada mulanya, ada juga mereka dapat beberapa ratus ringgit hasil daripada pelaburan yang telah dibuat. Tetapi setelah syarikat tersebut diserbu, maka hasil pun sudah tiada lagi. Malah apabila ditanya, bagaimana dengan ribuan ringgit yang telah dilaburkan? Maka jawapannya adalah amat mengecewakan… DUIT PELABURAN LESAP TIDAK AKAN KEMBALI!
Dahulunya Syarikat dianggap dapat mengubah masa depan, tapi kini ?? Aduhai kesiannya. Susah payah diorang simpan duit bertahun-tahun, tup-tup hilang macam tu jer. Nasib baik diorang tak melabur semua sekali. Kalau tak, gigit kuku jer lah.
Justeru, supaya kita semua tidak tertipu lagi dengan program-program ala skim cepat kaya seperti ini, maka saya kongsikan maklumat yang saya ada bagi dijadikan panduan bersama.

Sumber maklumat ini didapati dari Bank Negara Malaysia bagi mengingatkan orang ramai mengenai skim cepat kaya yang mengambil deposit secara haram tanpa lesen.

Apakah maksud ‘deposit’?
Dalam konteks skim cepat kaya, deposit boleh dijelaskan seperti berikut ;

a) Sejumlah wang diberikan kepada penganjur skim tersebut yang mungkin adalah sebuah syarikat, perkongsian, perniagaan tunggal atau seorang individu.
Penganjur menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi atas setiap deposit dalam jangka masa yang pendek. Ada juga skim yang memberikan pelbagai bentuk ganjaran kepada pra pendepositnya.
b) Mengikut terma-terma skim tersebut, deposit dan keuntungan akan diberi balik kepada pendeposit pada satu tarikh yang ditetapkan. Tarikh ini boleh ditetapkan oleh penganjur skim atau dipersetujui bersama antara pendeposit dan penganjur skim. Ada kalanya pendeposit boleh menuntut pulangan mereka sebelum tarikh yang ditetapkan.
Deposit tersebut juga boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk ganjaran lain seperti dalam bentuk logam berharga, batu berharga, barangan kemas, barangan letrik atau kereta.

Apakah ciri-ciri pengambilan deposit secara haram?

a) Penganjur tidak mempunyai lesen sah untuk mengumpul deposit.
Penganjur menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang pendek. Pulangan ini selalunya lebih tinggi daripada faedah yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan.
b) Selain daripada wang tunai, sebahagian daripada pulangan boleh dibayar dalam bentuk ganjaran lain seperti dalam bentuk kupon, barangan, barang kemas atau barangan letrik.
Apakah institusi-institusi yang dibenarkan mengambil deposit?
Hanya institusi-institusi yang dilesenkan dan beberapa institusi yang dibenarkan boleh menerima deposit daripada orang ramai. Contohnya ialah ;

Bank-bank perdagangan
Syarikat-syarikat kewangan
Lain-lain institusi (Institusi yang dibenarkan seperti Bank-bank saudagar, syarikat-syarikat diskaun, bank Kerjasama Rakyat, Bank Pertanian Malaysia, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji, Koperasi-koperasi berdaftar dan institusi lain yang diberi kuasa dibawah undang-undang untuk menerima deposit)
*Nota : JIka anda mempunyai sebarang keraguan sama ada sesuatu institusi itu dibenarkan mengambil deposit atau tidak, sila hubungi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan pengesahan.


Skim Cepat Kaya
Apakah Skim Cepat Kaya?

Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.

Skim "Cepat Kaya" yang berikut adalah dilarang di bawah undang-undang yang dikuat kuasakan oleh Bank Negara Malaysia:
Aktiviti pengambilan deposit secara haram

Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen yang sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.


Urus niaga mata wang asing haram

Perbuatan yang berikut tergolong kepada urus niaga mata wang asing haram:

Membeli atau menjual mata wang asing di antara dua orang dan tiada seorang daripada mereka adalah seorang peniaga yang diberi kuasa melainkan jika orang itu telah mendapatkan kebenaran daripada Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW).


Membeli atau menjual mata wang asing oleh seorang pemastautin yang bukan seorang peniaga yang diberi kuasa dengan seorang di luar Malaysia melainkan jika orang itu telah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW.


AMARAN: Skim Pelaburan Melalui Internet
Orang awam diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pelaburan yang dipromosikan melalui internet. Sesetengah syarikat dan laman web yang menawarkan skim pelaburan melalui internet tidak dilesenkan atau diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia untuk mengambil deposit atau membuat urus niaga mata wang asing. Aktiviti sedemikian biasanya menawarkan pulangan pelaburan yang menarik atau peluang pelaburan yang membabitkan kadar pulangan yang tidak realistik dan tanpa risiko atau berisiko rendah.

Pelabur adalah diingatkan supaya membuat deposit hanya dengan institusi yang berlesen atau menjalankan urus niaga mata wang asing dengan institusi yang diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia agar mereka boleh mendapat perlindungan yang sepatutnya. Pengendali tidak berlesen boleh berhenti menjalankan perniagaan mereka yang menyebabkan pelabur-pelabur tidak mempunyai apa-apa cara untuk mendapatkan semula wang pelaburan mereka atau membuat tuntutan terhadap mana-mana orang yang terbabit dengan skim tersebut.



Bagaimanakah untuk mengesan Skim Cepat Kaya?
Skim pengambilan deposit secara haram

Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;

Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan


Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan).


Amaran Untuk Pelabur

• Aktiviti pengambilan deposit secara haram selalunya berselindung dengan pelbagai cara untuk menipu orang awam menjadi mangsa skim pelaburan haram, antaranya, melalui tawaran pemberian emas dan barang berharga yang lain sebagai sebahagian daripada pulangan yang dijanjikan. Selain itu, orang ramai juga disogok dengan dakwaan bahawa deposit itu diterima sebagai pinjaman kepada syarikat.

• Aktiviti pengambilan deposit secara haram seringkali digambarkan mampu memberi kadar faedah atau pulangan yang tinggi atau tidak realistik dalam suatu masa yang singkat berbanding dengan institusi-institusi berlesen yang lain. Bagaimanapun, skim-skim seperti ini tidak boleh bertahan lama;

• Jangka hayat skim-skim seperti ini bergantung kepada penyertaan pelabur baru di mana dana pelaburan yang diterima akan digunakan untuk pembayaran dividen kepada pelabur lama. Sekiranya syarikat pengendali gagal mendapatkan pelabur baru, skim ini akan gagal kerana ketiadaan sumbangan dana dari pelabur baru.

• Pada permulaannya, pelabur-pelabur awal akan dibayar pulangan pelaburan seperti yang dijanjikan. Bagaimanapun, akhirnya pengendali akan melarikan diri dengan wang deposit yang dipungut apabila pengendali mendapati skim akan mengalami kegagalan yang akhirnya menjadikan pelabur rugi.


Skim urus niaga mata wang asing haram

Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:

Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara);

Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet;

Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan;

Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga; dan

Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan ("panggilan margin") atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka .

No comments:

Post a Comment